KOLABORASI SMSAS, SEMESTA, SMAPBENTONG

Program kolaborasi murid-murid Tingkatan Empat bagi sekolah-sekolah SMSAS, SEMESTA dan SUPERB yang berlangsung di SMSAS, Kuantan. Semoga program ini memberi manfaat yang amat banyak kepada murid-murid Tingkatan Empat 2018 sebagai persediaan awal SPM 2019. Gambar

Program Mohon Restu dan Solat Hajat PT3 2018

Program yang berlangsung di Dewan AsSyathir dirasmikan oleh YDP PIBG, YM Dato’ Tengku Abdul Rahman.  Semoga anak-anak PT3 mendapat keberkatan dengan majlis ini dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam PT3 nanti . Gambar 

Tokoh Nilam Negeri 2018

Tahniah kepada kedua-dua orang peserta dari SEMESTA kerana berjaya meraih Naib Johan Nilam Peringkat Negeri Pahang di dalam Kategori Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah.

Program Kesedaran Alam Hutan Paya Laut

Program Kesedaran Alam Hutan Paya Laut di Pusat eco pelajaran Kuala Sepetang. Program ini disertai oleh murid-murid Biologi Tingkatan Empat bersama-sama dengan guru-guru pengiring. Video program

Writing Workshop SPM 2018 Fasa 2

Bengkel penulisan Bahasa Inggeris bagi murid-murid yang akan menduduki SPM 2018. Bengkel disampaikan oleh Puan Roszalina Abdul Rahim Pensyarah dari Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di Dewan Besar SEMESTA.  Gambar

Jalinan SMK Kuala Repas 2018

Program jalinan dengan sekolah SMK Kuala Repas, Bentong bersama dengan 4 orang murid dari sekolah berkenaan bersama mengikuti bengkel SPM di SEMESTA, Raub. Semoga memberi impak dalam pembelajaran untuk murid-murid berkenaan .

LAWATAN KE PAMERAN KEMERDEKAAN 2018

Pameran kemerdekaan sempena dengan Hari Kebangsaan 2018 yang dianjurkan oleh Arkib Negara Malaysia. Lawatan oleh Panitia Sejarah SEMESTA dengan beberapa orang murid-murid Tingkatan 4.

Kem Kecemerlangan PT3 2018

Kem kecemerlangan dua hari untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan PT3 pada tahun ini diadakan di Kompleks KEMAS, Gali, Raub.  Semoga kem ini dapat memberi impak positif kepada murid-murid PT3 2018. Gambar

Kuiz Kimia 2018

Kuiz Kimia Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Besar SEMESTA .

Dialog Prestasi PPT 2018

Dialog prestasi antara Tuan Pengetua dengan murid-murid Tingkatan 4 ini adalah kesinambungan daripada dialog yang sama yang telah diadakan pada minggu lepas dengan murid-murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 1.