ASTA PROGRAM HALA TUJU

Program kerjasama ASTA dan Unit Bimbingan dan Kaunseling yang berlangsung di Dewan AsSyathir khas untuk murid-murid SPM 2019. Semoga ASTA dapat meneruskan lagi program yang banyak memberi manafaat kepada adik-adik di SEMESTA. 

Jalinan UniKL

Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SEMESTA dengan kerjasama UniKL ini melibatkan penyertaan oleh murid-murid SPM 2019. Program ini menyelitkan program motivasi dan mock interview yang disampaikan oleh pegawai dari UniKL. Semoga dapat membantu dan memberi manfaat yang besar kepada murid-murid ini.  Gambar  

Program Kolaborasi Add Math

Program kolaborasi Matematik Tambahan SEMESTA -MGS yang telah berlangsung di Gimnasium SEMESTA pada 3.00-4.30 petang.  Semoga program dari Panitia Matematik Tambahan ini dapat diteruskan dari masa ke semasa bagi kecemerlangan subjek ini.  Gambar 

Program Motivasi Perdana

Program motivasi ini yang telah diadakan di Dewan AsSyathir dari 8.00pg -1.30 ptg melibatkan semua murid-murid dan para guru dan AKP. Semoga program ini dapat memberi impak yang positif kepada murid-murid untuk menghadapi tahun persekolahan 2019. Gambar. 

Taklimat MyPortfolio

Taklimat myportfolio daripada Tuan Pengetua yang telah diadakan pada pukul 10.30 pagi di Perpustakaan.

Japan Fair 2018

PROGRAM JAPAN FAIR 2018 bertempat di PANDAN CAPITAL MALL, K.LUMPUR yang dihadiri oleh Pelajar Bahasa Jepun bersama Guru Pengiring, NORHAYATI SENSEI.

Program Prodigy SBP

TAKLIMAT PROGRAM PRODIGY KEPADA PELAJAR TINGKATAN 1-4 OLEH PK HEM DAN KAUNSELOR. TEMPAT: DEWAN BESAR MASA: 8.00 a.m Perlaksanaan program di bawah pengawasan Unit Hem dan dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Semoga perlaksanaan program ini memberikan impak yang positif kepada semua pelajar khasnya dan guru.

Ceramah Kolej Vokasional 2018

*PROGRAM PASCA PT3 2018: CERAMAH KOLEJ VOKASIONAL KEPADA PELAJAR TINGKATAN 3* TEMPAT: DEWAN IBNU AS-SYATHIR MASA: 8.30 a.m

Amali Haji Tingkatan 4 & 5

*PROGRAM IBADAH DAN KEROHANIAN ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEMESTA: AMALI HAJI PELAJAR TINGKATAN 4 & 5* Program yang dikendalikan oleh Ustaz Muhaimi Mohd. Yazid di Surau Al-Mustaqimah SEMESTA bermula dari pukul 8.30 a.m – 12.00 p.m Gambar

Program Selepas SPM Daerah

Program PPD Raub dengan kerjasama KPTM telah diadakan di Dewan AsSyathir yang menekankan hala tuju pelajar SPM 2018. Semoga program ini dapat membantu pelajar dalam gambaran hala tuju mereka selepas menduduki SPM nanti. Gambar.