Setelah hampir 3 bulan belajar dari rumah, murid-murid tingkatan 5 akhirnya kembali semula ke sekolah untuk memulakan sesi persekolahan seperti biasa dengan mengamalkan norma yang baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran semula batch tingkatan lima ke sekolah. Sama-samalah #kitajagakita.
Warga SEMESTA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak ASTA yang sudi berkorban masa dan tenaga demi berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kerjaya masing-masing bersama murid-murid SEMESTA dalam aktiviti kolokium kerjaya untuk murid-murid tingkatan 5, perkongsian ilmu tentang persediaan pengajian tinggi untuk murid-murid tingkatan 4 serta program motivasi pengucapan awam dan kemahiran belajar untuk murid-murid tingkatan 1 dan tingkatan 2
Semoga segala ilmu pengetahuan, pengalaman dan informasi yang dikongsi dapat dijadikan sebagai panduan oleh murid-murid SEMESTA pada masa yang akan datang.
Majlis pengumuman keputusan SPM 2019 telah diadakan pada 05 Mac 2020. Seramai 9 orang murid daripada batch MUMTAZ mendapat straight As dan seorang daripadanya iaitu Wan Elisa Sofea telah mendapat straight As + dan menduduki ranking top 5 negeri Pahang. SEMESTA telah mendapat GPS 2.08 dan mendapat tempat ke-3 terbaik Pahang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pentadbir, penyelaras, guru-guru dan murid-murid batch MUMTAZ.
Satu program kolabrasi debat BM dan BI 3 Penjuru antara SEMESTA-SUPERB-MRSM TGS telah diadakan sebagai persediaan kepada pasukan debat BM dan BI SEMESTA yang akan menyertai Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri kali ke-47 SBP Pusingan Awal Kebangsaan Tahun 2020 di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Terengganu pada 2 Mac 2020 hingga 4 Mac 2020.
Semoga pasukan debat SEMESTA beroleh kejayaan di SESMA nanti. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Pasukan Debat BM dan BI SEMESTA.
Program Sifu Taulan Easy Algebra anjuran Panitia Matematik dan Matemaik Tambahan ini melibatkan semua murid tingkatan 4 dan sebahagian murid tingkatan 5 yang bertindak sebagai sifu.
Semoga segala ilmu yang diperoleh melalui program ini dapat membantu murid-murid ini meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam mata pelajaran matematik dan matematik tambahan.
Encik Mohd Noor Hakim bin Ismail selaku pengetua SEMESTA sedang memberikan ucapan kepada ibu bapa, guru-guru dan murid-murid tingkatan 3
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid tingkatan 3 yang telah menjayakan Program Permuafakatan Ibu bapa , Guru dan Permata PT3. Semoga ucapan dan taklimat yang disampaikan dapat membantu dalam meningkatkan kecemerlangan PT3 padan tahun ini. Doa dan restu ibu bapa serta guru sentiasa mengiringi setiap langkah kalian.
Pasukan Inovasi SEMESTA bersama guru-guru pengiring iaitu Encik Wan Adnan bin Wan Hashim dan Puan Norhana binti Mohamed Salleh
Pasukan inovasi sekali lagi telah membanggakan warga SEMESTA dengan membawa pulang kejayaan daripada program Asean Innovation Science and Entrepreneur Fair (AISEF) anjuran Indonesia Young Scientist Association (IYSA) yang telah diadakan pada 13 Februari 2020 hingga 17 Februari 2020 bertempat di Surabaya, Indonesia. Seramai 11 orang murid lelaki, 4 orang murid perempuan dan dua orang guru pengiring iaitu Encik Wan Adnan bin Wan Hashim dan Puan Norhana binti Salleh telah terlibat dalam program tersebut.
Berikut merupakan senarai pencapaian pasukan inovasi SEMESTA di AISEF :
ibu bapa kepada murid-murid tingkatan 5 begitu komited mendengar taklimat ketika majlis permuafakatn.
Tahniah dan syabas kepada barisan pentadbir, penyelaras, guru- guru, ibu bapa dan murid-murid SPM tahun 2020 yang begitu komited dalam menjayakan program permuafakatan ini. Semoga Kejayaan akan menjadi milik permata SPM pada tahun ini.Doa dan restu ibu bapa serta guru sentiasa mengiringi setiap langkah kalian.
Laporan kejayaan Inovasi Easy Marcot ciptaan dua orang murid SEMESTA dalam Akhbar Berita Harian bertarikh 12 Januari 2020 (klik pada imej untuk paparan lebih jelas)
Tahniah diucapkan kepada pasukan inovasi SEMESTA iaitu Puan Norazura binti Jaballudin dan Puan Norhayati binti Zulkifli bersama para pelajar yang berjaya membanggakan seluruh Warga SEMESTA di Pertandingan International Conference on Creativity and Innovation (ICCI) dan Pertandingan International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx) yang telah diadakan pada 02 Februari 2020 hingga 06 Februari 2020 di Bangkok, Thailand. Berikut merupakan anugerah yang telah diperoleh oleh pasukan inovasi SEMESTA.