BENGKEL SPM EKONOMI 2019

Program Bengkel Teknik Menjawab Subjek Ekonomi Asas Pelajar Kelas 5.3 bertempat di Makmal Akademik hari ini. Gambar 

MINGGU BAHASA SEMESTA 2019

Bidang Bahasa SEMESTA telah menganjurkan pelbagai pertandingan-pertandingan berdasarkan bahasa-bahasa yang terdapat di SEMESTA.  Gambar

KOLOKIUM ASTA 2019 @ SEMESTA

  Kolokium ASTA 2019 yang mengutarakan beberapa individu dari ASTA yang memberikan ceramah dan bengkel kepada murid-murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

MAC 2019

Majlis tahunan yang telah diadakan dengan gilang gemilang. Tahniah kepada semua penerima anugerah. Gambar

Pelancaran NILAM 2019 Peringkat Sekolah

Majlis Pelancaran Program Nilam 2019 peringkat sekolah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En Mohd Noor Hakim B Ismail. 

CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN DAERAH RAUB 2019

Ceramah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling Daerah Raub yang melibatkan semua murid-murid Tingkatan Empat SEMESTA dan murid-murid dari sekolah-sekolah Daerah Raub dengan penceramahnya En. Solihin Razali

PROGRAM MEMBACA 30 MINIT

Bersempena dengan pra pelancaran dekad membaca kebangsaan dan kempen galakan membaca Pahang 2019, satu acara membaca selama 30 minit yang dilaksanaan serentak seluruh negeri Pahang. Acara bermula dari 11.30 am – 12.00 pm. Semoga acara ini akan terus mejadi tabiat dan budaya kepada seluruh warga SEMESTA. Gambar 

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA

Perhimpunan rasmi pertama Tuan Pengetua, En Noor Hakim B Ismail di SEMESTA . Semoga dengan kepimpinan Tuan Pengetua yang baharu ini dapat meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian SEMESTA.  Gambar

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-34

Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan juga serentak Majlis Penetapan Target SPM dan PT3 bagi tahun 2019. Tahniah kepada AJK baru yang telah dipilih dan dilantik. Semoga barisan peneraju PIBG pada sesi 2019/2020 akan lebih berjaya. Gambar

MAJLIS GRADUASI 2019

  Tahniah kepada semua murid-murid SPM 2018, tahniah kepada semua guru-guru SEMESTA, tahniah kepada para ibubapa SPM 2018 dan tahniah juga kepada semua warga SEMESTA kerana berjaya memperbaiki keputusan SPM pada kali ini.