PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU FASA 2 SPM 2017 iaitu program kelas tambahan untuk anak-anak Permata SPM 2017 diadakan dari 24-26/03/2017. Semoga program ini diteruskan lagi dan Permata SPM SEMESTA beroleh kecemerlangan. InsyaAllah. Jadual Perkampungan Ilmu
Perhimpunan rasmi sebelum cuti penggal. Pesanan dari Tn. Pengetua meliputi kurikulum, kerohanian, kebajikan dan kehidupan di asrama.
Pasukan kompang SEMESTA yang dijemput bersama memeriahkan majlis keraian setempat
Beberapa pasukan SEMESTA telah ke kejohanan-kejohanan kebangsaan dan antarabangsa di beberapa venue. Bahas dan debate di SBPI Gombak Catur di KUSES Petangue di Kuala Lipis Semoga berjaya membawa kemenangan pulang ke SEMESTA. Terima kasih kepada guru pengiring.
Acara sukan tahunan yang ke-30 telah dijalankan dengan gilang gemilang walaupun dalam keadaan yang sederhana.
Ceramah Bahasa Inggeris untuk murid PT3 berlangsung dari 7.30am hingga 9.30 am bertempat di Dewan Besar. Dijayakan oleh Mindasakti Resources
Program anjuran KELAB BAHAS DAN DEBATE BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SEMESTA RAUB DENGAN KERJASAMA KELAB DEBAT UiTM RAUB
Bengkel yang dianjurkan oleh Kelab Bahas dan Debate SEMESTA, untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam bahas dan debate yang akan mewakili SEMESTA dalam kejohanan kebangsaan dan antarabangsa. 8.45 – 10.45 malam
Latihan dalam perkhidmatan tentang Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang dijalankan oleh Pengetua, Tn Haji Ali bin Alias.
Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini, terutamanya guru-guru subjek SPM dan PT3. Semoga permata-permata SPM/PT3 2017 akan cemerlang.