BENGKEL KERJA PENGURUSAN ASRAMA SBP PERINGKAT ZON TIMUR

Satu bengkel kerja pengurusan asrama sekolah berasrama penuh peringkat zon timur telah berlangsung di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang bermula pada 24 Februari 2020 hingga 26 Februari 2020. 

Syabas dan tahniah kepada guru pengiring iaitu Cik Nor Isnaini binti Abdul Hamid dan 10 orang murid SEMESTA yang terdiri daripada ketua murid, penolong ketua murid dan barisan kapten dan penolong kapten sistem rumah yang telah terlibat dalam program ini. Semoga segala ilmu dan maklumat yang diperoleh dapat membantu meningkatkan lagi mutu dan kualiti pengurusan asrama di SEMESTA

MAJLIS PERSARAAN MR.ELANGKOVAN

Majlis Jasamu Dikenang diadakan sempena persaraan Mr. Elangkovan seorang guru kimia yang sangat komited dalam tugas mendidik murid-murid di SEMESTA. 

Beliau mula bertugas di SEMESTA pada 16 Julai 1998 hingga 31 Disember 1999, kemudian berpindah ke Selangor dan kembali semula ke SEMESTA pada 18 Februari 2013 hingga 21 Februari 2020. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah ditabur di bumi SEMESTA.

Selamat bersara Mr.Elangkovan. Jasamu akan sentiasa dikenang.

Gambar

PROGRAM KOLABORASI DEBAT BM & BI 3 PENJURU SEMESTA-SUPERB-MRSM TGS 2020

Satu program kolabrasi debat BM dan BI 3 Penjuru antara SEMESTA-SUPERB-MRSM TGS telah diadakan sebagai persediaan kepada pasukan debat BM dan BI SEMESTA yang akan menyertai Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri kali ke-47 SBP Pusingan Awal Kebangsaan Tahun 2020 di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Terengganu pada 2 Mac 2020 hingga 4 Mac 2020.

Semoga pasukan debat SEMESTA beroleh kejayaan di SESMA nanti. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Pasukan Debat BM dan BI SEMESTA.

Gambar

PROGRAM SIFU TAULAN EASY ALGEBRA PANITIA MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN SEMESTA

Program Sifu Taulan Easy Algebra anjuran Panitia Matematik dan Matemaik Tambahan ini melibatkan semua murid tingkatan 4 dan sebahagian murid tingkatan 5 yang bertindak sebagai sifu.

Semoga segala ilmu yang diperoleh melalui program ini dapat membantu murid-murid ini meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam mata pelajaran matematik dan matematik tambahan.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!!!!

Gambar

KLINIK HOKI BERSAMA KELAB HOKI 4 STATE & ASTA DI UIAM GOMBAK

Klinik Hoki bersama Kelab 4 State dan  ASTA anjuran Kelab 4 State telah diadakah pada  15 dan 16 Februari 2020 bertempat di Femala Sports Complex, UIAM Gombak. Seramai 36 orang pemain hoki SEMESTA iaitu 18 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan telah terlibat dalam program ini. 

Pelbagai teknik dan kemahiran dalam permainan hoki telah dikongsi bersama dengan pemain-pemain hoki SEMESTA . Semoga segala ilmu yang diperoleh daripada klinik hoki ini dapat diaplikasikan dalam memajukan sukan hoki di SEMESTA.

Gambar

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD RAUB 2020

Murid-murid SEMESTA bersedia untuk larian merentas desa.

SEMESTA telah menghantar seramai 20 orang peserta bagi mewakili sekolah dalam kejohanan merentas desa peringkat daerah. Seramai 18 orang daripada 20 orang peserta SEMESTA telah berjaya mendapat medal dan sijil. 8 orang daripada mereka juga telah layak  untuk ke peringkat MSSP. SEMESTA telah berjaya menjadi johan bagi kategori P15 dan P18 serta naib johan bagi kategori L15.

Tahniah dan Syabas kepada guru-guru pengiring iaitu Encik Mohd Nakhaie bin Abd Malik, Encik Ahmad bin Mat Ya’acob dan Puan Norhayati binti Nor Badrin serta murid-murid yang mewakili sekolah dalam acara merentas desa ini.

Gambar

PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA, GURU DAN PERMATA PT3

Encik Mohd Noor Hakim bin Ismail selaku pengetua SEMESTA sedang memberikan ucapan kepada ibu bapa, guru-guru dan murid-murid tingkatan 3

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid tingkatan 3 yang telah menjayakan Program Permuafakatan Ibu bapa ,  Guru dan Permata PT3. Semoga ucapan dan taklimat yang disampaikan dapat membantu dalam meningkatkan kecemerlangan PT3 padan tahun ini. Doa dan restu ibu bapa serta guru sentiasa mengiringi setiap langkah kalian.

Gambar

PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA, GURU DAN MURID-MURID TINGKATAN 5 TAHUN 2020

ibu bapa kepada murid-murid tingkatan 5 begitu komited mendengar taklimat ketika majlis permuafakatn.

Tahniah dan syabas kepada barisan pentadbir, penyelaras, guru- guru, ibu bapa dan murid-murid SPM tahun 2020 yang begitu komited dalam menjayakan program permuafakatan ini. Semoga Kejayaan akan menjadi milik permata SPM pada tahun ini.Doa dan restu ibu bapa serta guru sentiasa mengiringi setiap langkah kalian.

Gambar