Pembentangan inovasi murid yang bakal dibawa ke IDRIS 2017 (Innovation Design and Research International Symposium) yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 23-25 April 2017. Pembentangan mengantikan perjumpaan Kokurikulum pada hari ini.
Bengkel subjek Biologi untuk kertas 3 Fasa 1 yang dijalankan dengan kerjasama guru cemerlang Biologi dari SMK Seri Raub, PN. HAJAH ROZAINI BT. ABDUL GHANI.
Program tahunan KESUMA atau Kursus Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Sistem Rumah yang diadakan selama empat hari ini di SUPERB bagi Zon A.
Pertandingan futsal anjuran Bank Islam Raub yang disertai oleh beberapa sekolah di Daerah Raub dan pasukan Bank Islam Raub.
Persembahan murid-murid di Dewan Besar SEMESTA, sebagai persediaan untuk persembahan projek-projek inovasi yang bakal dipertandingkan di peringkat antarabangsa dan krbangsaan. Antara yang terdekat adalah MIYIO 2017 (MALAYSIAN INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS COMPETITION). Program ini mengantikan perjumpaan Unit Beruniform pada hari ini.
Tahniah diucapkan kepada para gerakerja yang menjayakan majlis yang gilang gemilang namun sederhana ini. Tahniah kepada penerima anugerah. Teruskan usaha dan kecemerlangan anda demi untuk memajukan lagi diri dan sekolah. Berikut adalah senarai penerima anugerah (sila muat turun) Antara suasana MAC 2017 yang sempat dirakam
Selamat bersara kepada Pn. Mazmi bt Mohamad, Penyelia Asrama SEMESTA. Semoga gembira dan sihat serta dirahmati Allah selepas bersara. Hari ini adalah hari terakhir Pn. Mazmi di SEMESTA.
Pada hari yang sama sebelah petang, program Muttaqa Guru Pendidikan Islam Daerah Raub dijalankan di Dewan Besar.
Majlis pengagihan pelan data guru dan peranti Yes untuk lima daerah negeri Pahang telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Hj Shahiruddin B Ab Moin.