Usrah Kubra 2018

Program yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SEMESTA.  Semoga program ini memberi kebaikan kepada murid-murid SEMESTA .

Juara Kriket Negeri Pahang

Tahniah kepada pasukan kriket perempuan SEMESTA yang telah berjaya menjadi Johan negeri Pahang pada tahun ini.

Karnival STEM Kebangsaan

Tahniah Pahang (SEMESTA Raub) kerana mendapat tempat ke-2 dalam Karnival STEM peringkat kebangsaan di dalam kategori Rekacipta dan Inovasi. Johan dimenangi oleh negeri Johor.

Japan Fair 2018

PROGRAM JAPAN FAIR 2018 bertempat di PANDAN CAPITAL MALL, K.LUMPUR yang dihadiri oleh Pelajar Bahasa Jepun bersama Guru Pengiring, NORHAYATI SENSEI.

Persahabatan Bolasepak SEMESTA VS SUPERB

Perlawanan persahabatan yang berlangsung di padang utama SEMESTA berkesudahan dengan 1-1. Gambar.

Tahniah ISIF 2018

3rd Istanbul International Invention Fair (ISIF’18)  yang telah berlangsung selama seminggu di Istanbul, Turkey. Pasukan inovasi SEMESTA yang telah membawa cabaran SEMESTA telah berjaya mendapat keputusan 1 Perak dan 3 Gangsa.

Tahniah IIDEX 2018

Tahniah kepada pasukan inovasi SEMESTA yang telah membawa cabaran SEMESTA ke Invention, Innovation & Design Exposition (IIDEX 2018) yang berlangsung di UITM, Shah Alam. SEMESTA berjaya membawa pulang anugerah 2 emas, 1 perak dan 4 gangsa. SEMESTA juga mendapat hadiah khas juri (Pitching Perfect) tempat pertama dan kedua berupa cek dan plak. Gambar. 

Kontinjen ISIF’18 SEMESTA

Selamat maju jaya diucapkan kepada kontinjen SEMESTA yang berangkat ke Turki dan akan membawa cabaran SEMESTA ke 3rd Istanbul International Invention Fair 2018 (ISIF’18). Semoga SEMESTA pulang membawa kejayaan.  Gambar 

Program Antarabangsa IYIA 2018

Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan inovasi SEMESTA yang membawa cabaran dalam ‘The 5th International Young Inventor’s Award 2018’ yang sedang berlangsung di Bali, Indonesia.  Gambar

Raptai Persembahan Inovasi Turki dan Indonesia

Persembahan dari pelajar yang akan mewakili SEMESTA dalam projek inovasi ke Turki dan Indonesia.  Turut hadir membantu adalah Pegawai Penyelidik dari MPOB. Semoga SEMESTA berjaya dipersada dunia.