Category Archives: Kokurikulum

PROGRAM MOTIVASI, PENGAJIAN TINGGI DAN KOLOKIUM KERJAYA BERSAMA ASTA

Warga SEMESTA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak ASTA  yang sudi berkorban masa dan tenaga demi berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kerjaya masing-masing bersama murid-murid SEMESTA dalam aktiviti kolokium kerjaya untuk murid-murid tingkatan 5, perkongsian ilmu tentang persediaan pengajian tinggi untuk murid-murid tingkatan 4 serta program motivasi pengucapan awam dan kemahiran belajar untuk murid-murid tingkatan 1 dan tingkatan 2

Semoga segala ilmu  pengetahuan, pengalaman dan informasi yang dikongsi dapat dijadikan sebagai panduan oleh murid-murid SEMESTA pada masa yang akan datang.

Tahniah kepada semua yang terlibat

Gambar

MAJLIS PERSARAAN MR.ELANGKOVAN

Majlis Jasamu Dikenang diadakan sempena persaraan Mr. Elangkovan seorang guru kimia yang sangat komited dalam tugas mendidik murid-murid di SEMESTA. 

Beliau mula bertugas di SEMESTA pada 16 Julai 1998 hingga 31 Disember 1999, kemudian berpindah ke Selangor dan kembali semula ke SEMESTA pada 18 Februari 2013 hingga 21 Februari 2020. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah ditabur di bumi SEMESTA.

Selamat bersara Mr.Elangkovan. Jasamu akan sentiasa dikenang.

Gambar

KLINIK HOKI BERSAMA KELAB HOKI 4 STATE & ASTA DI UIAM GOMBAK

Klinik Hoki bersama Kelab 4 State dan  ASTA anjuran Kelab 4 State telah diadakah pada  15 dan 16 Februari 2020 bertempat di Femala Sports Complex, UIAM Gombak. Seramai 36 orang pemain hoki SEMESTA iaitu 18 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan telah terlibat dalam program ini. 

Pelbagai teknik dan kemahiran dalam permainan hoki telah dikongsi bersama dengan pemain-pemain hoki SEMESTA . Semoga segala ilmu yang diperoleh daripada klinik hoki ini dapat diaplikasikan dalam memajukan sukan hoki di SEMESTA.

Gambar

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD RAUB 2020

Murid-murid SEMESTA bersedia untuk larian merentas desa.

SEMESTA telah menghantar seramai 20 orang peserta bagi mewakili sekolah dalam kejohanan merentas desa peringkat daerah. Seramai 18 orang daripada 20 orang peserta SEMESTA telah berjaya mendapat medal dan sijil. 8 orang daripada mereka juga telah layak  untuk ke peringkat MSSP. SEMESTA telah berjaya menjadi johan bagi kategori P15 dan P18 serta naib johan bagi kategori L15.

Tahniah dan Syabas kepada guru-guru pengiring iaitu Encik Mohd Nakhaie bin Abd Malik, Encik Ahmad bin Mat Ya’acob dan Puan Norhayati binti Nor Badrin serta murid-murid yang mewakili sekolah dalam acara merentas desa ini.

Gambar

PASUKAN INOVASI SEMESTA DI ASEAN INNOVATION SCIENCE AND ENTREPRENEUR FAIR

Pasukan Inovasi SEMESTA bersama guru-guru pengiring iaitu Encik Wan Adnan bin Wan Hashim dan Puan Norhana binti Mohamed Salleh

 

Pasukan inovasi sekali lagi telah membanggakan warga SEMESTA dengan membawa pulang kejayaan daripada program Asean Innovation Science and Entrepreneur Fair (AISEF) anjuran Indonesia Young Scientist Association (IYSA) yang telah diadakan pada 13 Februari 2020 hingga 17 Februari 2020 bertempat di Surabaya, Indonesia. Seramai 11 orang murid lelaki, 4 orang murid perempuan  dan dua orang guru pengiring iaitu Encik Wan Adnan bin Wan Hashim dan Puan Norhana binti Salleh telah terlibat dalam program tersebut.

Berikut merupakan senarai pencapaian pasukan inovasi SEMESTA di AISEF :

Duc Code – Gold

Easy Marcot – Gold  & Special  Award

Edible Herbs – Silver

Farming Cube – Silver

Life Pocket – Bronze

TAHNIAH DAN SYABAS!!!

Gambar

KEJOHANAN MERENTAS DESA SEMESTA TAHUN 2020

Tahniah KEJORA yang telah menjadi johan merentas desa tahun 2020

 

Tahniah kepada unit Kokurikulum SEMESTA kerana berjaya menganjurkan kejohanan merentas desa yang sungguh meriah pada 18 Januari 2020. Terima kasih kepada ibu bapa dan alumni yang turut serta dalam menceriakan lagi acara merentas desa pada tahun ini.

JOHAN : KEJORA

TEMPAT KE-2 : MARIKH

TEMPAT KE-3 : MUSYTARI

TEMPAT KE-4 : ZUHAL

 

Gambar