Juara Ragbi Jemputan SUPERB 2019

Kejohanan Ragbi Jemputan SUPERB U18 2019. Pasukan yg menyertai adalah MRSM Bentong,KV Bentong,Superb SPM 2018, Superberb, SMK Mahmud dan Semesta Semesta menjadi johan setelah menewaskan Superb dalam perlawanan akhir dengan skor 7-15 Tahniah pasukan ragbi SEMESTA. 

ASTA PROGRAM HALA TUJU

Program kerjasama ASTA dan Unit Bimbingan dan Kaunseling yang berlangsung di Dewan AsSyathir khas untuk murid-murid SPM 2019. Semoga ASTA dapat meneruskan lagi program yang banyak memberi manafaat kepada adik-adik di SEMESTA. 

Tahniah Marikh

Tahniah kepada rumah Marikh kerana telah menjadi Johan dalam Sukan Tahunan SEMESTA ke-32.

Volleyball MSSD 2019

SEMESTA menduduki tempat ke-3 keseluruhan pertandingan volleyball MSSD Raub.

Bola Keranjang MSSD 2019

Tahniah diatas keputusan kejohanan MSSD Raub, bola keranjang dengan pasukan perempuan menjadi Naib Johan dan pasukan lelaki mendapat tempat ke empat. Semoga akan lebih cemerlang di HKSBP nanti. 

Klinik Ragbi ASTA 1

Klinik Ragbi ASTA 1 yang diadakan di Padang Ragbi SEMESTA . Klinik yang melibatkan pemain senior bersama membantu adik-adik freshie ragbi.  Semoga dapat diteruskan program ini dan menjadikan ragbi SEMESTA kembali berjaya.  Gambar

Bola Jaring 2019 Johan Daerah Raub

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Jaring SEMESTA yang telah menjadi Johan MSSD Raub, di dalam kedua-dua kategori B15 dan B18. 

Merentas Desa SEMESTA 2019

Program tahunan SEMESTA iaitu Kejohanan Merentas Desa 2019 telah berjalan dengan jayanya.  Tahniah kepada pemenang-pemenang Gambar

Merentas Desa MSSD Raub 2019

Tahniah kepada Kontijen SEMESTA yang berjaya meraih Naib Johan P15, Naib Johan P18 dan Johan L18 di dalam pertandingan merentas desa MSSD Daerah Raub 2019

Maulidur Rasul 2018

Sambutan Maulid Rasul 2018 peringkat sekolah. Tema sambutan pada tahun ini ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’.