Karnival Inovasi Teknologi Hijau 2017

Karnival Inovasi Teknologi Hijau peringkat kebangsaan yang diadakan dibeberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur mengikut 7 kategori dipertandingkan iaitu reka cipta inovasi teknologi hijau, reka bentuk bandar teknologi hijau, inovasi tenaga biojism, green technology show, green cooker challenge, solar vehicle challenge dan Xplorace teknologi hijau & kuiz teknologi hijau. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, […]

Hari Sukan Negara

Sambutan Hari Sukan Negara 2017 peringkat sekolah yang diadakan di Arena Swadaya, SEMESTA.

Bola Jaring Kebangsaan (SBP) 2017

KEJOHANAN BOLA JARING SBP PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 6 TAHUN 2017 TUAN RUMAH:SM. SAINS GUA MUSANG, KELANTAN PENCAPAIAN:PINGAT PERAK(PERINGKAT SUKU AKHIR) GURU PENGIRING:CIK MAZIAH BT. MOHAMED CIK HANIS AMERA BT. MOHD. AMIN Tahniah atas pencapaian pasukan Junior Bola Jaring SEMESTA yang baru dibentuk disebalik ketiadaan pemain-pemain senior dan berpengalaman untuk menghadapi kejohanan ini. Kita cuba […]

Futsal Negeri 2017

Pertandingan futsal bawah 14 peringkat negeri Pahang. Daerah Raub diwakili oleh SEMESTA. Telah berjaya menjadi naib johan, dengan mata yang sama dengan johan dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan, iaitu Daerah Kuantan. Tahniah juga kepada guru pengiring Cikgu Wan Azlan dan Cikgu Ahmad.

Anugerah Ahli Majlis Perwakilan Kanak-kanak

 Tahniah kepada HAZIQ AL-SADIQIN BIN BAKRI kerana telah dianugerahkan oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang dengan Anugerah Ahli Majlis Perwakilan Kanak-kanak Terbaik negeri Pahang. Majlis telah berlangsung di Bentong, Pahang bersempena dengan Bulan Kebajikan Negara 2017. Tahniah, semoga beliau terus cemerlang. 

Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2017

Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2017 yang diadakan di Dewan Besar SEMESTA dalam keadaan yang sederhana tetapi meriah.  Tahniah kepada AJK Majlis.

Kelas Patriotik

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERTANDINGAN KELAS PALING PATRIOTIK 2017 telah sampai ke kemuncaknya… Menyemai semangat Patriotisme dan Sayangkan Malaysia dikalangan pelajar SEMESTA. Tahniah pelajar-pelajar SEMESTA.

Pameran Kelab dan Persatuan

Pertandingan pameran kelab dan persatuan di kawasan berbumbung Dataran Kejat pada waktu aktiviti kokurikulum.  Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid dalam kemahiran  membuat pameran dan meningkat kreativiti murid.

RUNSTA 2017

Acara larian dan berbasikal RUNSTA 2017 yang telah diadakan dengan jayanya. Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tahniah kepada para pemenang, tahniah kepada peserta larian dan berbasikal.  Jumpa lagi di lain kali. *klik pada gambar untuk dibesarkan *lagi gambar-gambar di https://www.facebook.com/runstaback2semesta  

History In English Drama

Pertandingan drama berbahasa Inggeris yang berlangsung di Sanggar Bicara. Pertandingan di antara rumah ini dijalankan bersempena dengan bulan kemerdekaan.