Kejohanan Kriket Juara-juara Sekolah (Perempuan) 2017

SEMESTA muncul juara dalam pertandingan akhir Kriket Kebangsaan Juara-juara Sekolah (Perempuan) 2017 mengalahkan SMK Bukit Rokan (Negeri Sembilan).  Kejohanan yang berlangsung di Kinrara Oval menyaksikan penyertaan dari SMK Dato Pengawa Timur (Johor), SMK Bukit Rokan (N.Sembilan), SMK Taman Desamium (Selangor) dan SEMESTA. Tahniah semoga terus terbilang.  Gambar  

Malaysian Brain Bee Challenge 2018

Malaysian Brain Bee Challenge 2018 bertempat di Fakulti Kesihatan, UPM.

Merentas Desa 2018

Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada wakil PIBG yang turut hadir.  Gambar

Perhimpunan Akhir 2017

Perhimpunan rasmi terakhir untuk tahun 2017. Ucapan dan pesanan dari Tuan Pengetua sebelum murid-murid SEMESTA mula bercuti panjang.  SELAMAT BERCUTI KEPADA PERMATA SEMESTA…!!

Hi-Tea Tingkatan 3

Program lawatan ilmiah dan hi-tea murid-murid Tingkatan 3. TERIMA KASIH PIBG atas sumbangan kewangan membiayai sewa 3 buah Bas dan perbelanjaan PERMATA PT3. PIBG menjana kecemerlangan akademik pelajar-pelajar SEMESTA.

MARIKH Juara…

Anugerah Sistem Rumah SEMESTA 2017 telah sampai kemuncaknya pada hari ini, dan rumah yang menjadi “House of the Year” dengan rasminya digenggam oleh MARIKH.  Tahniah…  Sila Klik Gambar Program.

Larian MTAB 2017

Program larian anjuran Masjid Tengku Abu Bakar, Raub yang disertai juga oleh murid-murid SEMESTA seramai 70 orang bersama dengan beberapa guru dan AKP. Tahniah kepada yang berjaya menghabiskan larian.

Program Pelancaran Roket

Program pelancaran roket oleh Bidang Sains dengan pemantauan dari Panitia Fizik. Program disertai oleh murid-murid Tingkatan Tiga dan diadakan di Padang A, SEMESTA. 

Karnival Sukan dan Permainan 2017

Karnival sukan dan permainan SEMESTA 2017 yang diadakan dari 7-9 November. Sukan yang dipertandingkan antara rumah ini adalah termasuk bola sepak, ragbi, bola keranjang, bola jaring dan petangue. Semoga karnival ini berjalan dengan baik dengan penuh semangat kesukanan.  Gambar Karnival Sukan 

Ragbi MSSP B15 2017

Tahniah Pasukan Ragbi Bawah 15 Tahun SEMESTA kerana menjuarai kategori BOWL Kejohanan Ragbi MSSP 2017 Bawah 15 Tahun yang berlangsung di SHAH PEKAN dari 27-29/10/2017. Pengurus Pasukan:En. Sumardi Hassan Jurulatih:En. Mohamed Azriq Sidek Terima Kasih diucapkan kepada PIBG SEMESTA atas sokongan kewangan yang telah diberikan kepada pasukan ini.