All posts by SNA

SELAMAT KEMBALI BATCH TINGKATAN LIMA

 

 

 

Setelah hampir 3 bulan belajar dari rumah, murid-murid tingkatan 5 akhirnya kembali semula ke sekolah untuk memulakan sesi persekolahan seperti biasa dengan mengamalkan norma yang baharu dan  mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran semula batch tingkatan lima ke sekolah. Sama-samalah #kitajagakita.

TAHNIAH MUHAMMAD MURSYIDI BIN MOHAMAD HASAN

klik pada imej untuk paparan lebih jelas

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Muhammad Mursyidi Bin Mohamad Hasan yang telah memperoleh Anugerah Khas Koperator Koperasi Sekolah Negeri Pahang : SPM Terbaik 2019  dalam satu majlis Persidangan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Semoga anugerah yang telah dimenangi ini menjadi pemangkin semangat kepada adik Mursyidi dan juga murid-murid SEMESTA yang lain untuk terus berusaha dalam mencapai cita-cita.

PROGRAM MOTIVASI, PENGAJIAN TINGGI DAN KOLOKIUM KERJAYA BERSAMA ASTA

Warga SEMESTA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak ASTA  yang sudi berkorban masa dan tenaga demi berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kerjaya masing-masing bersama murid-murid SEMESTA dalam aktiviti kolokium kerjaya untuk murid-murid tingkatan 5, perkongsian ilmu tentang persediaan pengajian tinggi untuk murid-murid tingkatan 4 serta program motivasi pengucapan awam dan kemahiran belajar untuk murid-murid tingkatan 1 dan tingkatan 2

Semoga segala ilmu  pengetahuan, pengalaman dan informasi yang dikongsi dapat dijadikan sebagai panduan oleh murid-murid SEMESTA pada masa yang akan datang.

Tahniah kepada semua yang terlibat

Gambar

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2019

 

Majlis pengumuman keputusan SPM 2019 telah diadakan pada 05 Mac 2020. Seramai 9 orang murid daripada batch MUMTAZ mendapat straight As dan seorang daripadanya iaitu Wan Elisa Sofea telah mendapat straight As +  dan  menduduki ranking top 5 negeri Pahang. SEMESTA telah mendapat GPS  2.08 dan mendapat tempat ke-3 terbaik Pahang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pentadbir, penyelaras, guru-guru dan murid-murid batch MUMTAZ.

Gambar

PROGRAM SEMESTA SEJAHTERA

Barisan pentadbir bersama agensi yang terlibat dalam           program Semesta Sejahtera

Program Semesta Sejahtera telah diadakan pada 04 Mac 2020 bermula jam 7.45 pagi hingga 1.30 tengah hari. Program ini merupakan program kolaborasi antara pihak sekolah dengan agensi-agensi keselamatan dan kesihatan yang dianjurkan oleh unit HEM SEMESTA pada setiap tahun.

Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sempena dengan program ini antaranya demontrasi pencegahan jenayah oleh PDRM, demontrasi pencegahan kebakaran oleh jabatan bomba Raub, ceramah bahaya dadah oleh AADK Raub, ceramah pengurusan kesihatan diri dan amali pengurusan kesihatan diri oleh pegawai KKM daerah raub, pameran daripada PDRM, BOMBA, KKM dan ADK.

Tahniah dan syabas kepada unit HEM, agensi-agensi yang terlibat dan seluruh warga SEMESTA yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Gambar

PASUKAN INOVASI SEMESTA DI ASEAN INNOVATION SCIENCE AND ENTREPRENEUR FAIR

Pasukan Inovasi SEMESTA bersama guru-guru pengiring iaitu Encik Wan Adnan bin Wan Hashim dan Puan Norhana binti Mohamed Salleh

 

Pasukan inovasi sekali lagi telah membanggakan warga SEMESTA dengan membawa pulang kejayaan daripada program Asean Innovation Science and Entrepreneur Fair (AISEF) anjuran Indonesia Young Scientist Association (IYSA) yang telah diadakan pada 13 Februari 2020 hingga 17 Februari 2020 bertempat di Surabaya, Indonesia. Seramai 11 orang murid lelaki, 4 orang murid perempuan  dan dua orang guru pengiring iaitu Encik Wan Adnan bin Wan Hashim dan Puan Norhana binti Salleh telah terlibat dalam program tersebut.

Berikut merupakan senarai pencapaian pasukan inovasi SEMESTA di AISEF :

Duc Code – Gold

Easy Marcot – Gold  & Special  Award

Edible Herbs – Silver

Farming Cube – Silver

Life Pocket – Bronze

TAHNIAH DAN SYABAS!!!

Gambar

PERTANDINGAN ICCI DAN IPITEX 2020 DI BANGKOK, THAILAND

Laporan kejayaan Inovasi Easy Marcot ciptaan dua orang murid SEMESTA dalam  Akhbar Berita Harian bertarikh 12 Januari 2020  (klik pada imej untuk paparan lebih jelas)

Tahniah diucapkan kepada pasukan inovasi SEMESTA iaitu Puan Norazura binti Jaballudin dan Puan Norhayati binti Zulkifli bersama para pelajar yang berjaya membanggakan seluruh Warga SEMESTA di Pertandingan International Conference on Creativity and Innovation (ICCI) dan Pertandingan International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx) yang telah diadakan pada 02 Februari 2020 hingga 06 Februari 2020 di Bangkok, Thailand. Berikut merupakan anugerah yang telah diperoleh oleh pasukan inovasi SEMESTA.

Easy Marcot – Double Gold Award dan Special Award

Mimp Detector – Gold

Life Pocket – Silver

Farming Cube – Silver

SYABAS DAN TAHNIAH!!!!!

Gambar

PERTANDINGAN MALAYSIA BRAINBEE CHALLENGE (MBBC) 2020

Puan Norazura Binti Jaballudin bersama para peserta (klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)

Pertandingan Malaysia BrainBee Challenge (MBBC) 2020  telah dianjurkan pada 30 Januari 2020 oleh Jabatan Neurosciene, Fakulti Kesihatan UPM. Sama-sama kita nantikan keputusan pertandingan yang akan diumukan pada 13 Februari 2020. Semoga SEMESTA beroleh kejayaan !!!

TALENT TIME DAN MAJLIS PENUTUP MINGGU SILATURAHIM TINGKATAN 1

 

Wajah ceria murid-murid tingkatan 1

Talent time dan Majlis Penutup Minggu Silaturahim Tingkatan 1 telah berlangsung dengan meriahnya. Tahniah diucapkan kepada unit HEM, para kaunselor, guru-guru, fasilitator dan seterusnya murid-murid tingkatan 1 yang sangat komited dalam menjayakan program ini.

SYABAS untuk anda semua!!!!

Johan persembahan talent time : Zuhal

Tempat ke – 2 : Musytari

Tempat ke – 3: Marikh

Tempat ke – 4 : Kejora

Gambar

KEJOHANAN MERENTAS DESA SEMESTA TAHUN 2020

Tahniah KEJORA yang telah menjadi johan merentas desa tahun 2020

 

Tahniah kepada unit Kokurikulum SEMESTA kerana berjaya menganjurkan kejohanan merentas desa yang sungguh meriah pada 18 Januari 2020. Terima kasih kepada ibu bapa dan alumni yang turut serta dalam menceriakan lagi acara merentas desa pada tahun ini.

JOHAN : KEJORA

TEMPAT KE-2 : MARIKH

TEMPAT KE-3 : MUSYTARI

TEMPAT KE-4 : ZUHAL

 

Gambar