Program Motivasi Perdana

Program motivasi ini yang telah diadakan di Dewan AsSyathir dari 8.00pg -1.30 ptg melibatkan semua murid-murid dan para guru dan AKP. Semoga program ini dapat memberi impak yang positif kepada murid-murid untuk menghadapi tahun persekolahan 2019. Gambar. 

Selamat Datang Murid Baharu 2019

Selamat datang diucapkan kepada anak-anak murid baharu SEMESTA 1923. Selamat menghadapi kehidupan di asrama. Semoga menjadi murid yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Gambar orientasi

MAG 2018

Tahniah kepada Rumah Kejora kerana berjaya menjulang trofi Juara Rumah bagi tahun 2018.

Kursus Kepimpinan 2018

KEM KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN MURID TAHUN 2018dikendalikan secara bersama pihak unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hem, Lembaga Pengawas, BADAR dan PRS telah dijalankan menggunakan MODUL PRODIGY SBP yang mula diperkenalkan kepada semua SBP mulai tahun ini. Pengenalan modul PRODIGY dan perlaksanaan secara optimum Kem Kepimpinan bagi tahun ini diharapkan dapat memberikan satu impak yang positif […]

Bicara Remaja

Ceramah dari IPD Raub tentang isu-isu remaja dan disiplin yang diadakan di Dewan Besar SEMESTA . Gambar

Program Prodigy SBP

TAKLIMAT PROGRAM PRODIGY KEPADA PELAJAR TINGKATAN 1-4 OLEH PK HEM DAN KAUNSELOR. TEMPAT: DEWAN BESAR MASA: 8.00 a.m Perlaksanaan program di bawah pengawasan Unit Hem dan dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Semoga perlaksanaan program ini memberikan impak yang positif kepada semua pelajar khasnya dan guru.

LADAP UNIT HEM

LADAP PRODIGY UNIT HEM yang melibatkan penyertaan Kaunselor, Warden dan Guru Disiplin telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Al-Ghazali. Ladap ini telah dikendalikan oleh En. Sumardi Hassan dan turut disertai oleh PK HEM, En. Ismail Ibrahim. Semoga masalah disiplin dan sahsiah pelajar SEMESTA dapat dikawal serta dibentuk hasil dari dapatan program ini oleh semua yang terlibat.

Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2018

Majlis penutup bulan kemerdekaan 2018 yang berlangsung di Dewan Besar SEMESTA.  Perasmian penutupan majlis disempurnakan oleh Tuan Pengetua.  Gambar.

CERAMAH PROGRAM SARINGAN TALASEMIA

Program ceramah dan saringan talesemia di sekolah yang dijalankan dengan kerjasama Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Raub. Program melibatkan murid-murid Tingkatan Empat.  Semoga program ini memberi manfaat yang besar kepada murid-murid SEMESTA .

Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia 2018

Pelancaran bulan Kebangsaan Malaysia telah berlangsung di Dewan Besar dengan suasana meriah dan patriotik. Gambar