LAWATAN SK MAHMUD

Lawatan SK Mahmud ke SEMESTA pada hari ini. Gambar

KOLOKIUM ASTA 2019 @ SEMESTA

  Kolokium ASTA 2019 yang mengutarakan beberapa individu dari ASTA yang memberikan ceramah dan bengkel kepada murid-murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

PROGRAM MEMBACA 30 MINIT

Bersempena dengan pra pelancaran dekad membaca kebangsaan dan kempen galakan membaca Pahang 2019, satu acara membaca selama 30 minit yang dilaksanaan serentak seluruh negeri Pahang. Acara bermula dari 11.30 am – 12.00 pm. Semoga acara ini akan terus mejadi tabiat dan budaya kepada seluruh warga SEMESTA. Gambar 

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA

Perhimpunan rasmi pertama Tuan Pengetua, En Noor Hakim B Ismail di SEMESTA . Semoga dengan kepimpinan Tuan Pengetua yang baharu ini dapat meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian SEMESTA.  Gambar

CERAMAH MOTIVASI 1

Program Ceramah Motivasi dan Bina Insan – MASALAH SOSIAL DLM KALANGAN REMAJA MASA KINIOleh Don A Samad Anjuran Unit Bimbingan Kaunseling dan Panitia PAI, pada pukul 9 mlm di Dewan Besar Gambar

MAJLIS GRADUASI 2019

  Tahniah kepada semua murid-murid SPM 2018, tahniah kepada semua guru-guru SEMESTA, tahniah kepada para ibubapa SPM 2018 dan tahniah juga kepada semua warga SEMESTA kerana berjaya memperbaiki keputusan SPM pada kali ini.

ASTA PROGRAM HALA TUJU

Program kerjasama ASTA dan Unit Bimbingan dan Kaunseling yang berlangsung di Dewan AsSyathir khas untuk murid-murid SPM 2019. Semoga ASTA dapat meneruskan lagi program yang banyak memberi manafaat kepada adik-adik di SEMESTA. 

PROGRAM SEMESTA SEJAHTERA 1

Program yang telah berlangsung dengan pelbagai aktiviti yang dijayakan oleh Pasukan Polis Daerah Raub, Bomba Daerah Raub dan Kementerian Kesihatan Daerah Raub, telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Raub di Dewan Besar SEMESTA.  Semoga sekolah dengan suasana yang aman dan sejahtera sebagai tempat menimba ilmu akan terus dijaga di SEMESTA.  Gambar.     

Jalinan UniKL

Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SEMESTA dengan kerjasama UniKL ini melibatkan penyertaan oleh murid-murid SPM 2019. Program ini menyelitkan program motivasi dan mock interview yang disampaikan oleh pegawai dari UniKL. Semoga dapat membantu dan memberi manfaat yang besar kepada murid-murid ini.  Gambar  

Sumbangan ASTA

Sumbangan kewangan dari ASTA yang disampaikan oleh PK HEM dan disaksikan oleh wakil dari ASTA. Murid-murid yang menerima sumbangan ini telah dikenalpasti oleh unit HEM.