Category Archives: HEM

SELAMAT KEMBALI BATCH TINGKATAN LIMA

 

 

 

Setelah hampir 3 bulan belajar dari rumah, murid-murid tingkatan 5 akhirnya kembali semula ke sekolah untuk memulakan sesi persekolahan seperti biasa dengan mengamalkan norma yang baharu dan  mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran semula batch tingkatan lima ke sekolah. Sama-samalah #kitajagakita.

BENGKEL KERJA PENGURUSAN ASRAMA SBP PERINGKAT ZON TIMUR

Satu bengkel kerja pengurusan asrama sekolah berasrama penuh peringkat zon timur telah berlangsung di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang bermula pada 24 Februari 2020 hingga 26 Februari 2020. 

Syabas dan tahniah kepada guru pengiring iaitu Cik Nor Isnaini binti Abdul Hamid dan 10 orang murid SEMESTA yang terdiri daripada ketua murid, penolong ketua murid dan barisan kapten dan penolong kapten sistem rumah yang telah terlibat dalam program ini. Semoga segala ilmu dan maklumat yang diperoleh dapat membantu meningkatkan lagi mutu dan kualiti pengurusan asrama di SEMESTA

MAJLIS PERSARAAN MR.ELANGKOVAN

Majlis Jasamu Dikenang diadakan sempena persaraan Mr. Elangkovan seorang guru kimia yang sangat komited dalam tugas mendidik murid-murid di SEMESTA. 

Beliau mula bertugas di SEMESTA pada 16 Julai 1998 hingga 31 Disember 1999, kemudian berpindah ke Selangor dan kembali semula ke SEMESTA pada 18 Februari 2013 hingga 21 Februari 2020. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah ditabur di bumi SEMESTA.

Selamat bersara Mr.Elangkovan. Jasamu akan sentiasa dikenang.

Gambar

PASUKAN INOVASI SEMESTA DI ASEAN INNOVATION SCIENCE AND ENTREPRENEUR FAIR

Pasukan Inovasi SEMESTA bersama guru-guru pengiring iaitu Encik Wan Adnan bin Wan Hashim dan Puan Norhana binti Mohamed Salleh

 

Pasukan inovasi sekali lagi telah membanggakan warga SEMESTA dengan membawa pulang kejayaan daripada program Asean Innovation Science and Entrepreneur Fair (AISEF) anjuran Indonesia Young Scientist Association (IYSA) yang telah diadakan pada 13 Februari 2020 hingga 17 Februari 2020 bertempat di Surabaya, Indonesia. Seramai 11 orang murid lelaki, 4 orang murid perempuan  dan dua orang guru pengiring iaitu Encik Wan Adnan bin Wan Hashim dan Puan Norhana binti Salleh telah terlibat dalam program tersebut.

Berikut merupakan senarai pencapaian pasukan inovasi SEMESTA di AISEF :

Duc Code – Gold

Easy Marcot – Gold  & Special  Award

Edible Herbs – Silver

Farming Cube – Silver

Life Pocket – Bronze

TAHNIAH DAN SYABAS!!!

Gambar