CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN DAERAH RAUB 2019

Ceramah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling Daerah Raub yang melibatkan semua murid-murid Tingkatan Empat SEMESTA dan murid-murid dari sekolah-sekolah Daerah Raub dengan penceramahnya En. Solihin Razali

PROGRAM MEMBACA 30 MINIT

Bersempena dengan pra pelancaran dekad membaca kebangsaan dan kempen galakan membaca Pahang 2019, satu acara membaca selama 30 minit yang dilaksanaan serentak seluruh negeri Pahang. Acara bermula dari 11.30 am – 12.00 pm. Semoga acara ini akan terus mejadi tabiat dan budaya kepada seluruh warga SEMESTA. Gambar 

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SBP 2019

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SBP peringkat kebangsaan yang mana SEMESTA menjadi tuan rumah telah berlangsung di Tapak Perkhemahan, RAMD ke-25 Bentong.  Semoga program ini dapat meningkatkan jati diri dalam diri murid-murid yang menyertainya. Gambar

MTQ DAERAH 2019

Tahniah kepada pasukan MTQ SEMESTA kerana telah menjadi Johan untuk syarahan lelaki dan tempat ke-3 untuk syarahan perempuan dalam program Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah-sekolah Daerah Raub. Gambar

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA

Perhimpunan rasmi pertama Tuan Pengetua, En Noor Hakim B Ismail di SEMESTA . Semoga dengan kepimpinan Tuan Pengetua yang baharu ini dapat meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian SEMESTA.  Gambar

CERAMAH MOTIVASI 1

Program Ceramah Motivasi dan Bina Insan – MASALAH SOSIAL DLM KALANGAN REMAJA MASA KINIOleh Don A Samad Anjuran Unit Bimbingan Kaunseling dan Panitia PAI, pada pukul 9 mlm di Dewan Besar Gambar

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-34

Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan juga serentak Majlis Penetapan Target SPM dan PT3 bagi tahun 2019. Tahniah kepada AJK baru yang telah dipilih dan dilantik. Semoga barisan peneraju PIBG pada sesi 2019/2020 akan lebih berjaya. Gambar

MAJLIS GRADUASI 2019

  Tahniah kepada semua murid-murid SPM 2018, tahniah kepada semua guru-guru SEMESTA, tahniah kepada para ibubapa SPM 2018 dan tahniah juga kepada semua warga SEMESTA kerana berjaya memperbaiki keputusan SPM pada kali ini.

Hoki SBP Pahang

SEMESTA menduduki tempat ke-3 bagi pasukan perempuan dan pasukan lelaki tempat ke-4. Tahniah SEMESTA Gambar

Pot Luck Tahun Baru

Jamuan sempena sambutan Tahun Baru Cina daripada Kelab Guru dan Kakitangan SEMESTA , meraikan guru-guru yang menyambutnya. Semoga akan mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru dan kakitangan SEMESTA. ‘MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT’ Gambar