Perangkap Kera

Perangkap yang disumbangkan oleh PIBG SEMESTA telah berjaya memerangkap beberapa ekor kera disekitar Dewan Makan Puri Pesona. Semoga masalah kera dapat diatasi selepas lebih daripada 9 ekor kera dipindahkan oleh Pegawai Perhilitan. 

Perhimpunan Cuti Tahun Baru Cina

Perhimpunan murid-murid sempena cuti panjang Tahun Baharu Cina 2017. 

Anugerah STREAM 2016

Majlis penyampaian hadiah bagi program STREAM 2016 (Science, Technology, Robotics, Engineering and Mathematic) yang diadakan pada tahun lepas telah diadakan dalam Perhimpuna Rasmi Batch Fist ’06’20. Kali ini dimenanagi oleh Rumah Zuhal diikuti oleh Rumah Marikh (Tempat ke-2), Rumah Kejora (Tempat ke-3) dan Rumah Musytari. Tahniah ZUHAL.

Merentas Desa 2017

Berakhirnya aktiviti kokurikulum pertama bagi tahun 2017. Kejohanan Merentas Desa SEMESTA/SBP 2017. Tahniah kepada semua para peserta, guru-guru dan AKP serta PIBG SEMESTA yang bersama-sama menjayakan program tahunan ini.

Penyediaan Laluan Merentas Desa

Kejohanan merentas desa yang dijadualkan berlangsung pada 21 Januari 2017 di seluruh SBP Malaysia. 

Malam Kebudayaan

Saat murid baharu Tingkatan 1 menunjukkan bakat sempena minggu silaturrahim. 

Sumbangan ASTA dan PIBG

Sumbangan ASTA berupa karpet surau dan sumbangan PIBG berupa perangkap monyet. Terima kasih ASTA dan PIBG SEMESTA.

ASTA Dengan Murid Baharu

Program ASTA bersama dengan murid Tingkatan 1 SEMESTA. Semoga program ini dapat menyuntik semangat kepada adik-adik untuk berjaya seperti ‘ol boys dan ‘ol gals SEMESTA.  Utusan Malaysia 11 Jan 2017. Edisi Timur

Pendaftaran & Minggu Orientasi

Bermulanya kehidupan baharu bagi anak-anak Tingkatan 1 di bumi SEMESTA. Semoga akan menjadi manusia yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Majlis Pengumuman PT3 2016

Majlis yang diadakan di Dewan Besar Semesta dan disampaikan oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Ali bin Alias.