Bengkel BM SPM 2017

Bengkel SPM untuk mata pelajaran Bahasa Melayu yang dijalankan oleh Cikgu Fakhrul Zaman B Ahmad, dari Pekan.

Bengkel Pend. Islam SPM 2017

Bengkel teknik menjawab Pendidikan Islam SPM 2017 disampaikan oleh Ustaz Dahalan dari SMK Setiawangsa, Kuala Lipis. 

Bengkel BM PT3 2017

Bengkel diadakan di Gimnasium dan dikendalikan oleh Cikgu Fakhrul Zaman B Ahmad dari Pekan, Pahang.

Bengkel Topikal Biologi SPM 2017

Bengkel Biologi untuk murid-murid Tingkatan Lima ini diadakan di Dewan Besar sehingga 4.30 petang. Penceramah bagi bengkel ini adalah Cikgu Zulkarnain Jamalludin, Guru Cemerlang Biologi dari SMK TENGKU ABDULLAH, PEKAN

Selamat Bertugas Ke Sekolah Baharu

Selamat bertugas ke sekolah baharu diucapkan kepada Cikgu Zulaikha Fozilan. Beliau bertukar ke sebuah sekolah di Sungai Besi, Selangor. Majlis jamuan perpisahan pada 4 May 2017.

Program Kemasyarakatan

Dua program kemasyarakatan yang berjalan serentak pada hari ini. Program Audit solat yang diadakan di Masjid Gali dengan penceramahnya Imam 1 Masjid Gali. Program juga disertai oleh beberapa anak-anak tempatan disekitar.  Program Cakna Warga Emas adalah program lawatan dan beramah mesra dengan warga emas juga memberi sumbangan di rumah warga emas Raub.

Bengkel Kimia Topik Garam

Bengkel Kimia yang berjalan pada hari ini. Bengkel juga disertai oleh murid-murid dari SMK Dong. Penceramah adalah Cikgu Suhaidah bt Mohamad Yusop, Guru Cemerlang Kimia dari SMK Mahmud, Raub. Semoga murid-murid SEMESTA mendapat banyak manfaat dari bengkel ini.

Pertandingan Debate Sempena English Week 2017

Pertandingan debate antara rumah, sempena English Week 2-5 May 2017. Pertandingan akhir bagi menengah atas antara Rumah Zuhal dan Rumah Kejora … Dimenangi oleh Rumah Kejora!!  Menengah rendah pula antara Rumah Musytari dan Rumah Marikh. 

Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan

Keputusan Penuh: Pusingan Awal (Liga kumpulan) LELAKI SEMESTA 0 – 1 ASISSEMESTA 0 – 2 SERATASSEMESTA 0 – 3 FARIS PETRA Pusingan Awal (Liga kumpulan) PEREMPUAN SEMESTA 0 – 3 SERATASSEMESTA 0 – 1 SSPSEMESTA 3 – 0 SEMESRA Kedua-dua pasukan tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan. Semoga berjaya tahun hadapan.

Ceramah Pergigian

Ceramah kesihatan pergigian oleh Jabatan Kesihatan Raub yang diadakan sebelum pelajar pulang bermalam. Penceramah adalah Dr. Mohd Adib B Redzuan Lee.