Nadi Kasih Biologi

Program NADI Biologi di SBPI Gombak 14-16 Julai 2017 

Bengkel Matematik PT3 2017

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS MATEMATIK MODEN PT3 2017.

Mesyuarat RUNSTA 2017

Mesyuarat yang diadakan bersama-sama dengan wakil Polis Raub, PPD Raub, wakil kawasan, pihak sekolah dan ASTA berbincang tentang program SEMESTA Run dan Cycle 2017.

Kuiz Sains

National Science Challenge 2017 peringkat negeri Pahang pada 12 Julai 2017, Rabu di Auditorium Universiti Islam Antarabangsa Kuantan. Anjuran Akademi Sains Malaysia. Semesta mendapat tempat kedua di belakang SMK Sultan Abu Bakar. Sekolah lain yang mengambil bahagian adalah MRSM Tun Abdul Razak (2 pasukan) dan SMK Sulaiman.

Majlis Perpisahan Pn. Aishah

Pn Aishah yang merupakan AKP Makmal akan berpindah sekolah ke SMK Sungai Manik. Selamat maju jaya diucapkan. 

Bengkel English SPM 2017

Bengkel untuk murid-murid SPM 2017 kelolaan Panitia Bahasa Inggeris SEMESTA. Penumpuan pada kertas literature component. 

Program Intervensi Fizik SPM 2017

Program Intervensi Straight A Tingkatan 5 yang dijayakan bersama 2 SBP lain iaitu SMAP Bentong dan SBPI Termerloh dengan 40 murid dan 2 guru setiap sekolah. Semoga berjaya menghasilkan calon A+ dalam SPM 2017.

Acara Sepanjang Ramadhan

Berbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan Ramadan, semoga keberkatan Ramadan kekal sehingga Ramadan tahun hadapan. InsyaAllah. Antara acaranya adalah: Ceramah Ramadan oleh PU Mizi Tadarus  Berbagai sumbangan dari Jabatan dan NGO Peraduan-peraduan Ramadan 

Perhimpunan Rasmi Cuti Pertengahan Tahun 2017

Perhimpunan rasmi sebelum pelajar-pelajar bercuti panjang sempena Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun 2017. Perhimpunan dimulai dengan penyampaian hadiah sempena bulan bahasa dan seterusnya ucapan Tuan Pengetua 

Hari Guru 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang diadakan dalam suasana yang meriah dan sederhana.  SELAMAT HARI GURU CIKGU!