PIBG Talk

 BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 1 – MINGGU ORIENTASI SABTU 13/1/201810.00 – 11.30 PagiDEWAN BESAR SEMESTA Kehadiran semua AJK PIBG (IBUBAPA) sangat dialu-alukan demi memantapkan lagi Jati Diri Pelajar Baru serta memotivasikan mereka dalam mengharungi dunia kehidupan di SBP.

Pendaftaran Tingkatan 1

 Pendaftaran murid-murid baharu Tingkatan 1 2018-2022. Selamat datang dan tahniah kepada murid-murid dan para ibubapa mereka. Semoga menjadi titik mula kejayaan dan kecemerlangan.  Gambar Hari Pendaftaran Gambar Minggu Orientasi

UKSBP 2017

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) bagi tahun 2017 telah berakhir pada hari ini di kebanyakan tempat / pusat ujian. 

Pengumuman Keputusan PT3

Majlis pengumuman keputusan PT3 diadakan di Dewan Besar SEMESTA. 

Perhimpunan Akhir 2017

Perhimpunan rasmi terakhir untuk tahun 2017. Ucapan dan pesanan dari Tuan Pengetua sebelum murid-murid SEMESTA mula bercuti panjang.  SELAMAT BERCUTI KEPADA PERMATA SEMESTA…!!

Ceramah Kerjaya Petronas

  PROGRAM CERAMAH KERJAYA OLEH PETRONAS bertempat di KLCC. Penyertaan dan penglibatan pelajar SEMESTA (ahli PRS) dengan diiringi oleh Kaunselor, En. Sumardi Bin Hassan. Semoga program ini memberi manafaat yang boleh di sebar luas di kalangan pelajar SEMESTA terutama Pelajar Tingkatan 4 yang akan menduduki SPM 2018.

Titian Samara

Program motivasi untuk murid-murid Tingkatan Dua yang dikelolakan oleh ASTA. Program yang melibatkan Team Al-hunafa’ juga merupakan perunding motivasi ini dijalankan selama dua hari.  Semoga ia memberi impak yang besar untuk permata SEMESTA ini.

Hi-Tea Tingkatan 3

Program lawatan ilmiah dan hi-tea murid-murid Tingkatan 3. TERIMA KASIH PIBG atas sumbangan kewangan membiayai sewa 3 buah Bas dan perbelanjaan PERMATA PT3. PIBG menjana kecemerlangan akademik pelajar-pelajar SEMESTA.

Kembara Sejarah

Program kembara sejarah yang melibatkan murid-murid cemerlang dalam matapelajaran sejarah di dalam Peperiksaan Akhir Tahun ke Negeri Melaka.  Turut mengiringi adalah Ustaz Muhaimi, Pn Salmiha, Pn Normaharani, Cik Nurul Huda dan Cik Anis Amera. Terima kasih juga diucapkan kepada PIBG SEMESTA dalam membantu melicinkan perjalanan program ini.

MARIKH Juara…

Anugerah Sistem Rumah SEMESTA 2017 telah sampai kemuncaknya pada hari ini, dan rumah yang menjadi “House of the Year” dengan rasminya digenggam oleh MARIKH.  Tahniah…  Sila Klik Gambar Program.