Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Muhammad Mursyidi Bin Mohamad Hasan yang telah memperoleh Anugerah Khas Koperator Koperasi Sekolah Negeri Pahang : SPM Terbaik 2019 dalam satu majlis Persidangan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3 anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Semoga anugerah yang telah dimenangi ini menjadi pemangkin semangat kepada adik Mursyidi dan juga murid-murid SEMESTA yang lain untuk terus berusaha dalam mencapai cita-cita.
Barisan pentadbir bersama agensi yang terlibat dalam program Semesta Sejahtera
Program Semesta Sejahtera telah diadakan pada 04 Mac 2020 bermula jam 7.45 pagi hingga 1.30 tengah hari. Program ini merupakan program kolaborasi antara pihak sekolah dengan agensi-agensi keselamatan dan kesihatan yang dianjurkan oleh unit HEM SEMESTA pada setiap tahun.
Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sempena dengan program ini antaranya demontrasi pencegahan jenayah oleh PDRM, demontrasi pencegahan kebakaran oleh jabatan bomba Raub, ceramah bahaya dadah oleh AADK Raub, ceramah pengurusan kesihatan diri dan amali pengurusan kesihatan diri oleh pegawai KKM daerah raub, pameran daripada PDRM, BOMBA, KKM dan ADK.
Tahniah dan syabas kepada unit HEM, agensi-agensi yang terlibat dan seluruh warga SEMESTA yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Puan Norazura Binti Jaballudin bersama para peserta (klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)
Pertandingan Malaysia BrainBee Challenge (MBBC) 2020 telah dianjurkan pada 30 Januari 2020 oleh Jabatan Neurosciene, Fakulti Kesihatan UPM. Sama-sama kita nantikan keputusan pertandingan yang akan diumukan pada 13 Februari 2020. Semoga SEMESTA beroleh kejayaan !!!
Talent time dan Majlis Penutup Minggu Silaturahim Tingkatan 1 telah berlangsung dengan meriahnya. Tahniah diucapkan kepada unit HEM, para kaunselor, guru-guru, fasilitator dan seterusnya murid-murid tingkatan 1 yang sangat komited dalam menjayakan program ini.