Bengkel Memanah

Bengkel satu hari yang dikendalikan oleh Kelab Memanah SEMESTA telah berlangsung dengan jayanya.  Penceramah jemputan adalah En. Mohamad Rosli Md Rashid dariSMK PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN TUN RAZAK, 26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK, JENGKA PAHANG. Beliau adalah PENGERUSI TEKNIK PEMBANGUNAN SUKAN MEMANAH MSS PAHANG. Tahniah atas bengkel ini, semoga SEMESTA berjaya melahirkan jaguh memanah negara kelak.

Bola Jaring Daerah

Tahniah kepada pasukan bola jaring SEMESTA yang berjaya menjadi johan dalam kedua-dua kategori B15 dan B18.

Anugerah i-Envex dan Miyio 2018

Tahniah kepada pasukan inovasi SEMESTA yang menyertai dua pertandingan inovasi. i-Envex dan MIYIO. 

i-Envex 2018

‘The International Engineering Invention Innovation Exhibition 2018’ yang berlangsung di UniMAP, Kampus Pauh Putra. Selamat maju jaya SEMESTA.

Robotik SBP Kebangsaan 2018

Pertandingan berlangsung di SM Sains Kota Tinggi, Johor. Tahniah SEMESTA kerana berjaya mendapat Anugerah Perak dan Anugerah Gangsa dalam Kategori Robot Football. Keseluruhan tempat ke 4 kebangsaan.

Choral Speaking Competition

SEMESTA berjaya mendapat anugerah Perak dalam pertandingan Choral Speaking SBP 2018. Pertandingan berlangsung di SBPI Gopeng, Perak. Gambar 

NKI SBP 2018

Program Nadwah Kepimpinan Islam (NKI), SBP 2018 yang diadakan di Sekolah Berasrama Penuh  Intergrasi Rawang (SEPINTAR).  SEMESTA diwakili oleh Iman Khidir dalam pemilihan Ikon Dakwah, NKI 2018 Video penutup ucapan

Majlis Anugerah Cemerlang 2018

Majlis Anugerah Cemerlang 2018 yang dirasmikan oleh YB Dato Sri Haji Shahiruddin Bin Ab Moin telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada bekas pelajar SPM 2017 dan murid-murid yang cemerlang sepanjang tahun 2017. Semoga SEMESTA terus gemilang. Gambar.

Bolasepak Daerah

Tempat ke -3 kumpulan B18 dan B15. Semoga lebih berjaya di tahun hadapan.