Perhimpunan Akhir 2017

Perhimpunan rasmi terakhir untuk tahun 2017. Ucapan dan pesanan dari Tuan Pengetua sebelum murid-murid SEMESTA mula bercuti panjang.  SELAMAT BERCUTI KEPADA PERMATA SEMESTA…!!

Ceramah Kerjaya Petronas

  PROGRAM CERAMAH KERJAYA OLEH PETRONAS bertempat di KLCC. Penyertaan dan penglibatan pelajar SEMESTA (ahli PRS) dengan diiringi oleh Kaunselor, En. Sumardi Bin Hassan. Semoga program ini memberi manafaat yang boleh di sebar luas di kalangan pelajar SEMESTA terutama Pelajar Tingkatan 4 yang akan menduduki SPM 2018.

Kembara Sejarah

Program kembara sejarah yang melibatkan murid-murid cemerlang dalam matapelajaran sejarah di dalam Peperiksaan Akhir Tahun ke Negeri Melaka.  Turut mengiringi adalah Ustaz Muhaimi, Pn Salmiha, Pn Normaharani, Cik Nurul Huda dan Cik Anis Amera. Terima kasih juga diucapkan kepada PIBG SEMESTA dalam membantu melicinkan perjalanan program ini.

Program Bio Tingkatan 4

Program respirasi yis oleh Panitia Biologi untuk murid-murid Tingkatan Empat di Sanggar Bicara. 

Program Pelancaran Roket

Program pelancaran roket oleh Bidang Sains dengan pemantauan dari Panitia Fizik. Program disertai oleh murid-murid Tingkatan Tiga dan diadakan di Padang A, SEMESTA. 

Program Biologi 2017 Tingkatan 4

Program Jelajah Paya Bakau 2017 yang disertai oleh murid-murid Tingkatan Empat aliran Biologi. 

Bengkel Galaksi Matematik Tambahan

Bengkel Matematik Tambahan daripada Syarikat Galaksi. Bengkel dijalankan oleh Pn. Chew dan dihadiri oleh murid-murid Tingkatan 4 dan murid-murid dari Tingkatan 5 Kumpulan Ibnu Sina. Semoga bengkel ini memberi banyak manfaat. 

Program Lawatan dan Hi-Tea Tingkatan 4

Program lawatan Ilmiah, kerjaya dan hi-tea untuk murid-murid Tingkatan 4 ke UPM.

Perkampungan Ilmu SPM Fasa 5

Program kelas tambahan untuk murid-murid SPM 2017. Semoga program ini dapat membantu Permata SPM 2017 untuk persediaan menghadapi SPM.  Jadual kelas adalah seperti dibawah. 

Karnival Inovasi Teknologi Hijau 2017

Karnival Inovasi Teknologi Hijau peringkat kebangsaan yang diadakan dibeberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur mengikut 7 kategori dipertandingkan iaitu reka cipta inovasi teknologi hijau, reka bentuk bandar teknologi hijau, inovasi tenaga biojism, green technology show, green cooker challenge, solar vehicle challenge dan Xplorace teknologi hijau & kuiz teknologi hijau. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, […]