很多妈妈们丰胸产品都认为哺乳期以后胸部有再次变大的可能,也就是说哺乳期过了以后有机会进行一个乳房的二次发育丰胸方法,但是很多妈妈不知道怎样子才能让自己的乳房变大丰胸粉嫩公主,今天我们就来了解一下断奶后怎么让胸部变大产后丰胸
SEJARAH | LAMAN RASMI SM SAINS TENGKU ABDULLAH (SEMESTA) RAUB

SEJARAH

jam

SEMESTA dibangunkan dalam kawasan ladang getah seluas 16 hektar. Kompleks sekolah mula dibina dalam bulan Julai 1980 dan siap pada 1982. Kumpulan perintis sekolah yang terletak di kilometer 6, Jalan Lipis terdiri daripada 35 orang guru, 5 orang pekerja dan 280 orang pelajar yang mendaftar awal tahun 1983.

Pengetua pertamanya ialah En. Abdul Rahim bin Mohammad yang berkhidmat sehingga hujung tahun 1986. Sehingga kini SEMESTA telah dipimpin oleh sembilan orang pengetua yang berkaliber.

Dari segi pembangunan fizikal, SEMESTA telah menempuh satu dekad yang dipenuhi pelbagai perubahan. Dahulunya kawasan lapang tidak berpokok, kini dihiasi beraneka tanaman penyeri bumi. Dengan penambahan kemudahan asas seperti gimnasium, laluan berbumbung, pondok rehat, astaka dan surau.

Tg Mahkota VII

Sejarah penubuhan dan perkembangan SEMESTA wajar dikenang. Selain kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM, SEMESTA telah meraih beberapa gelaran yang membanggakan.

SEMESTA terus mencipta kejayaan termasuk dari segi membina potensi pelajar dalam aspek akademik dan kokurikulum. Pencapaian 100% dalam peperiksaan awam terus dipertahankan dari tahun ke tahun, malah banyak usaha sedang dan akan dijalankan untuk meningkatkan kualiti peperiksaan. Segala cabaran ini akan dipikul bersama oleh seluruh warga SEMESTA.

SEMESTA telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2010 dan seterusnya menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada Tahun 2011.

Sekolah Berprestasi Tinggi KPM