Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertindak sebagai badan akademik tertinggi yang memainkan peranan penting memastikan pelaksanaan pengurusan kurikulum sekolah berkesan dan berkualiti. Semua bidang / unit dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertanggungjawab secara langsung mempertingkatkan prestasi akademik sekolah.
OBJEKTIF
- Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan.
- Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah.
- Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus ke arah piawaian kualiti.
DASAR KURIKULUM SEKOLAH
- Menentukan dan menyelaras segala dasar kurikulum sekolah supaya selari dengan dasar yang ditetapkan oleh JPN/KPM dan Akta Pendidikan.
- Mesyuarat:
- mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah minimum 4 kali setahun,
- menetapkan jadual mesyuarat panitia minimum 4 kali setahun,
- menetapkan sistem fail / format dokumen Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia mata pelajaran.
- Sukatan / Rancangan Pelajaran
- menetapkan dasar penyediaan RPT dan Huraian serta kaedah penyediaan Rekod Persediaan Mengajar.
- garis panduan jenis buku/bahan/alat rujukan yang boleh digunakan dlm menyediakan rancangan pengajaran.
- Jadual Waktu
- menetapkan waktu sekolah.
- menetapkan sistem jadual waktu.
- menetapkan dasar pengagihan tugas-tugas mengajar dan bilangan waktu mengajar untuk penyediaan jadual waktu induk dan persendirian.
- menetapkan dasar penyediaan jadual waktu ganti dan pengisiannya
- Penilaian Dan Peperiksaan
- menetapkan sistem pengurusan penilaian dan peperiksaan sekolah yang berkaitan dengan:
- jenisnya (formatif, sumatif, kerja kursus, ujian lisan, dan lain-lain)
- bilangan dan takwim format (bentuk soalan, masa dan skema jawapan)
- syarat lulus
- kumpulan sasaran jadual penentu ujian ( JPU )
- pengawasan
- headcount
- Anggaran Perbelanjaan
- menetapkan dasar perbelanjaan tahunan dengan wang kerajaan, SUWA dan lain-lain bagi setiap panitia /unit.
- menentukan dasar perolehan, penggunaan, penyenggaraan, hapus kira peralatan dan kemudahan prasarana.
- Pemantauan
- menentukan dasar dan sistem pemantauan yang berkesan pengurusan
- P & P
- pengurusan panitia
- peperiksaan dan penilaian
- jadual waktu
- pengurusan kewangan
- bilik-bilik khas
- menetapkan jawatankuasa pemantauan
- menetapkan jadual waktu pemantauan