Bertemu Tengku Mahkota

Sempena kujungan K.D.Y.T.M TENGKU MAHKOTA PAHANG TENGKU ABDULLAH Al-HAJ IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH ke Daerah Raub disamping kesibukan baginda dengan program-program yang berlangsung, Baginda telah berkenan menerima mengadap beberapa pelajar SEMESTA yang berkesempatan bersama di dalam satu majlis di Raub. Daulat Tuanku [supsystic-gallery id=19 position=center]

LAWATAN UKHWAH TINGKATAN 1 TEMERLOH 2016

Lawatan murid-murid Tingkatan 1 ke beberapa tempat tumpuan di Daerah Temerloh, pada 16 April 2016.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

[supsystic-gallery id=11 position=center] Program anjuran ASTA di kawasan pergunungan Kundasang, Sabah dari 1-3 April 2016. Bersama dengan ASTA, SEMESTA diwakili oleh 8 murid dan 2 guru. Terima kasih ASTA

PROGRAM KESIHATAN KPJ KUANTAN

Program ceramah dan pemeriksaan kesihatan KPJ Kuantan di SEMESTA berlangsung pada 26 Februari 2016. Program yang dijayakan khas untuk pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 juga guru dan staf sekolah. Program ini adalah hasil daripada kerjasama dengan ASTA yang mana CEO KPJ Kuantan, En Muhammad Badri B Hussin, adalah seorang bekas pelajar SEMESTA (ASTA09).

CERAMAH BINA INSAN

Ceramah Bina Insan yang berlangsung di surau AL-MUSTAQIMAH SEMESTA pada 25 Februari 2016, Khamis malam dan disampaikan oleh Timbalan Qadi Raub 

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Hajat Bersama ASTA

Majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Hajat anjuran ASTA yang diadakan pada 28 Januari yang lalu di Surau SEMESTA Semoga majlis seperti ini akan sentiasa dianjurkan dan semoga SEMESTA sentiasa dirahmati ALLAH.

Malam Dialog GPK dan Murid SEMESTA

Malam majlis dialog murid-murid SEMESTA dengan GPK SEMESTA tentang hala tuju sekolah.,

Program MSR 2016

Program Minggu Silaturrahim murid-murid Tingkatan 1 2016 yang diadakan dari 6 Januari (hari pendaftaran) sehingga 17 Januari 2016.

Klinik dan Persahabatan Kriket dan Ragbi ASTA

Satu klinik dan perlawanan persahabatan antara ASTA dan murid SEMESTA telah diadakan pada hari ini.

Majlis Restu Ilmu PT3

Majlis Restu Ilmu untuk murid Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PT3 telah diadakan pada 10 Oktober 2015 dan dirasmikan oleh NYDP PIBG.