ASTA Royal Gala 2018

ASTA Royal Gala 2018, makan malam amal bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Klinik Ragbi ASTA ’16

Klinik ragbi yang dikendalikan oleh ASTA 2016. Semoga program ini memberi impak yang amat besar kepada pasukan ragbi SEMESTA . Gambar 

Motivasi Fajar

Kuliah Subuh dengan kerjasama ASTA oleh Saudara Miswan yang menyentuh tentang tanggungjawab pelajar dalam menuntut ilmu.  Semoga memberi pengajaran yang berguna .

Titian Samara

Program motivasi untuk murid-murid Tingkatan Dua yang dikelolakan oleh ASTA. Program yang melibatkan Team Al-hunafa’ juga merupakan perunding motivasi ini dijalankan selama dua hari.  Semoga ia memberi impak yang besar untuk permata SEMESTA ini.

Majlis Tautan Kasih 2017

Majlis yang diadakan untuk meraikan Permata SPM 2017 ini telah berlangsung dengan amat meriah dan bermakna. Antara pengisian majlis adalah seperti solat hajat, gimik penyerahan anak kepada ibubapa, cabutan bertuah dan persembahan pelajar. Terima Kasih diucapkan kepada Pihak Pentadbir, PIBG, ASTA, GURU-GURU dan AKP serta IBUBAPA/PENJAGA murid yang hadir bersama-sama meraikan Anak2 PERMATA SPM 2017. […]

RUNSTA 2017

Acara larian dan berbasikal RUNSTA 2017 yang telah diadakan dengan jayanya. Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tahniah kepada para pemenang, tahniah kepada peserta larian dan berbasikal.  Jumpa lagi di lain kali. *klik pada gambar untuk dibesarkan *lagi gambar-gambar di https://www.facebook.com/runstaback2semesta  

Ceramah Keselamatan Siber

Ceramah keselamatan siber oleh CMCF, yang diadakan sempena dengan RUNSTA 2017. Semoga memberi manfaat kepada seluruh warga SEMESTA. 

Mesyuarat ASTA dan Sekolah

Mesyuarat ASTA dengan AJK yang terlibat dengan larian RUNSTA – BACK2SEMESTA. 

Mesyuarat RUNSTA 2017

Mesyuarat yang diadakan bersama-sama dengan wakil Polis Raub, PPD Raub, wakil kawasan, pihak sekolah dan ASTA berbincang tentang program SEMESTA Run dan Cycle 2017.