Gong Xi Fat Cai

Warga SEMESTA mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina 2016

Bola Jaring Juara Daerah

Pasukan bola jaring telah menjuarai kejohanan bola jaring peringkat daerah Raub di dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Bawah 15 tahun dan Kategori Bawah 18 tahun. Tahniah semoga keputusan cemerlang akan dicatatkan juga di dalam kejohanan SBP Pahang di SUPERB nanti.

Selamat Datang dan Selamat Bertugas

Diucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pengetua SEMESTA yang baharu, Tuan Haji Ali b Alias. Ikan berenang di dalam lubuk Ikan belida dadanya panjang Adat pinang pulang ke tampuk Adat sirih pulang ke gagang

Selamat Bertugas di Sekolah Baharu

Selamat bertugas di sekolah baharu diucapkan kepada Pengetua SEMESTA, Cik Hajah Kamsuri bt Ibrahim, AMP. Beliau akan bertugas di sebuah sekolah di daerah Bentong mulai minggu hadapan. Semua warga SEMESTA merasa sedih kerana kehilangan seorang Pengetua yang pengasih namun tegas dan juga terhutang budi dengan beliau sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini. Ayam rintik di […]

Selamat Datang Murid Tingkatan 1

Selamat datang dan selamat menjalani minggu silaturrahim (MSR) kepada semua murid-murid baharu Tingkatan 1 2016 (7 Januari – 15 Januari 2016)  

Selamat Tahun Baru 2016

Warga SEMESTA mengucapkan Selamat Menempuh Tahun 2016.

Projek Inovasi SEMESTA ke Croatia

Projek inovasi SEMESTA telah mendapat ‘special award’ di pertandingan inovasi yang berlansung di Osnovna škola Grabrik, Croatia pada 5 – 7 November 2015.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2015

Kepada PERMATA SPM SEMESTA 2015 diucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM 2015 . Seluruh warga SEMESTA mendoakan kejayaan anda semua.