Selamat Bertugas di Sekolah Baharu

Selamat bertugas di sekolah baharu diucapkan kepada Pengetua SEMESTA, Cik Hajah Kamsuri bt Ibrahim, AMP. Beliau akan bertugas di sebuah sekolah di daerah Bentong mulai minggu hadapan.

Semua warga SEMESTA merasa sedih kerana kehilangan seorang Pengetua yang pengasih namun tegas dan juga terhutang budi dengan beliau sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini.

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *