SEMESTA DALAM LIPATAN SEJARAH

Sekolah menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Raub (SEMESRA). Penamaan nama baru dibuat bersempena dengan hari perasmian sekolah pada 4hb Julai 1989 oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah.


SEMESTA dibangunkan dalam kawasan ladang getah seluas 16 hektar. Kompleks sekolah mula dibina dalam bulan Julai 1980 dan siap pada 1982.



Kumpulan perintis sekolah yang terletak di kilometer 6, Jalan Lipis terdiri daripada 35 orang guru, 5 orang pekerja dan 280 orang pelajar yang mendaftar awal tahun 1982.Pengetua pertamanya ialah En. Abdul Rahim bin Mohammad yang berkhidmat sehingga hujung tahun 1986. Sehingga kini SEMESTA telah dipimpin oleh sembilan orang pengetua yang berkaliber.Dari segi pembangunan fizikal, SEMESTA telah menempuh satu dekad yang dipenuhi pelbagai perubahan. Dahulunya kawasan lapang tidak berpokok, kini dihiasi beraneka tanaman penyeri bumi. Dengan penambahan kemudahan asas seperti gimnasium, laluan berbumbung, pondok rehat, astaka dan surau.Sejarah penubuhan dan perkembangan SEMESTAwajar dikenang. Selain kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM, SEMESTA telah meraih beberapa gelaran yang membanggakan.SEMESTA terus mencipta kejayaan termasuk dari segi membina potensi pelajar dalam aspek akademik dan kokurikulum. Pencapaian 100% dalam peperiksaan awam terus dipertahankan dari tahun ke tahun, malah banyak usaha sedang dan akan dijalankan untuk meningkatkan kualiti peperiksaan. Segala cabaran ini akan dipikul bersama oleh seluruh warga SEMESTA.

panorama semesta kini


logo semesta

lirik lagu sekolah

Inilah sekolah yang tercinta
SEMESTA itulah namanya
Mendidik dan membina anak-anak negara
Mencapai segala cita-cita

Kepada para guru semua
Jasamu tiada tandingnya
Bekerja dan berusaha tidak mengira masa
Demi masa depan kita

Berilmu Beramal Berbudi setiap masa
Pada Rukun negara kami akan setia
Oh, Tuhan yang Maha Kuasa
Jayakan lah kami semua
Selamat dan sentosa sihat setiap masa
Berjaya SEMESTA Berjaya
klik untuk mendengar

© 2010 SEMESTA Raub

sila dapatkan kebenaran pihak sekolah jika ingin digunakan semula lagu ini untuk diperdengar kepada umum
Terima kasih

bendera semesta

visi semesta

SM SAINS TENGKU ABDULLAH

TERBILANG

BERTARAF DUNIA

TAHUN 2012

misi semesta

Untuk merealisasikan visi, warga SEMESTA beriltizam memastikan misi berikut dapat dilaksanakan dengan jayanya
  1. Gemilang dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah
  2. Gemilang dalam kurikulum
  3. Gemilang dalam kokurikulum
  4. Gemilang dalam keceriaan, kebersihan dan keselamatan sekolah
  5. Gemilang dalam sahsiah
    Hak Cipta Terpelihara © 2010 - Sek Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA)
    Penafian
    Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.